AM › BERITA





Polis Thailand Hantar Pulang Wanita Malaysia Diperdaya Sindiket Taiwan


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

Oleh Mohd Haikal Mohd Isa

BANGKOK, 9 Feb (Bernama) -- Seorang wanita Malaysia yang diperdaya oleh sindiket "penipuan pusat panggilan" diketuai gengster Taiwan dihantar pulang hari ini, kata Timbalan Ketua Biro Polis Pelancong Mej Jen Surachet Hakpan.

Beliau berkata mangsa berusia 21 tahun itu itu diselamatkan semasa sepasukan polis melakukan serbuan di sebuah kondominium di kawasan Bangna pada 27 Okt tahun lepas.

"Wanita itu diperdayakan oleh sindiket penipuan "Macau Scam" untuk bekerja dengan mereka," katanya kepada media di sini, hari ini dan menurutnya wakil daripada Kedutaan Malaysia di Bangkok, Supt Ridzuan Abdul Aziz turut hadir menyaksikan penghantaran pulang wanita itu.

Wanita itu akan menaiki penerbangan ke Malaysia hari ini selepas semua urusan membabitkan dokumen yang perlu selesai , katanya, yang mengetuai pusat operasi yang ditubuhkan Polis Diraja Thailand (RTP) untuk membanteras 'penipuan pusat panggilan' di negara ini.

Bulan lepas, tiga rakyat Malaysia terdiri dua lelaki dan seorang wanita yang telah dipukul dan dikurung oleh sindiket didalangi warga Taiwan yang sama turut dihantar pulang dengan penerbangan oleh polis Thailand.....