AM › BERITA





Suri Rumah Lega Faedah Perkeso Ringankan Beban Selepas Suami Meninggal


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

SUNGAI PETANI, 9 Feb (Bernama) -- Seorang suri rumah yang baru kehilangan suaminya akibat kanser usus minggu lalu, menarik nafas lega apabila dimaklumkan akan menerima faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Naszilina Baharuddin, 38, berkata dia tidak mengetahui bahawa arwah suaminya, Azmi Desa,45, ada membuat caruman sewaktu bekerja selama 17 tahun di sebuah kilang di Merbok sehinggalah dia menerima panggilan daripada Perkeso.

"Selepas suami meninggal dunia 2 Feb lalu, saya mengambil alih semua tugasnya termasuklah menguruskan persekolahan anak-anak...mulanya rasa agak runsing juga kerana saya tiada pendapatan tetap.

"Namun apabila dimaklumkan Perkeso akan membayar faedah kepada saya dan anak-anak, terasa ringan sedikit beban," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Lembah Bujang, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, arwah suaminya berhenti kerja sejak tujuh tahun lalu dan mengusahakan sawah milik keluarga sebagai sumber pendapatan mereka sekeluarga.....