AM › BERITA





Ismail Dilantik Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari, Luak Jelebu


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

JELEBU, 9 Feb (Bernama) -- Seorang pesara pembantu tadbir Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ismail Mohd Zin, 68, hari ini dilantik sebagai Datuk Menteri Sah Mangku Alam Raja Sari, Luak Jelebu.

Pelantikan beliau diisytiharkan oleh Ibu Soko Datuk Menteri Rohani Mohd Zain, Datuk Amar Pahlawan Abd Rahman Adam dan Datuk Lela Raja Mohd Nor Yakob.

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Ismail sebagai Datuk Menteri Sah Alam Raja Sari, Luak Jelebu dilangsungkan di Telapak Datuk Amar Pahlawan, Petaling, di sini, hari ini. Turut hadir Datuk Mengiang Merah Bangsa Lembaga Delapan, Luak Jelebu Nor Azman Ahmad.

Ismail berkata dengan pelantikannya akan mempercepatkan proses pertabalan Undang Luak Jelebu yang dijangka dibuat selewat-lewatnya sebulan selepas hari ini.

"Kami akan memenuhkan (mengisi) semua jawatan-jawatan lembaga yang kosong bagi membolehkan pertabalan Undang Luak Jelebu dibuat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.....