AM › BERITA





Risda Kerjasama Dengan LGM Salur Bantuan Musim Tengkujuh


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PADANG BESAR, 9 Feb (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan bekerjasama dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi memastikan pekebun yang layak menerima bantuan musim tengkujuh.

Pengerusi Risda Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata kebanyakan pekebun belum mendaftar, jadi menimbulkan masalah kepada pihaknya untuk menyampaikan bantuan itu.

Katanya ada pekebun yang mengusahakan getah di tanah bukan milik mereka dan ada antaranya belum mempunyai geran.

"Peruntukan telah turun kepada LGM dan kita akan bekerjasama dengan mereka untuk menyelesaikan segera mana-mana pekebun yang masih belum mendapat bantuan itu," katanya selepas menyerahkan zakat Risda Perlis kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM350,000 dekat sinihari ini.

Menerusi inisiatif yang diperkenal buat pertama kali bagi meringankan beban kewangan pekebun kecil dan penoreh getah itu, mereka yang layak menerima RM200 sebulan selama tiga bulan bermula November tahun lepas.....