AM › BERITA





Iraq Tekad Bangun Semula Negara Itu Dari Segi Infrastruktur Dan Moral


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

Oleh Mujahid Ishak

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan Iraq bertekad untuk membangunkan semula negara berkenaan secara fizikal serta moral, dan perkara itu akan diketengah semasa Persidangan Antarabangsa Pembinaan Semula Iraq, yang bakal berlangsung di Kuwait City dari 12 hingga 14 Februari ini.

Kuasa Usaha Kedutaan Republik Iraq, Hassan Muhsen Al Haidari, berkata beliau berharap pembinaan semula itu tidak akan tertumpu pada fizikal semata-mata tetapi juga perlu membabitkan moral rakyatnya.

"Kami berharap persidangan ini akan menjadi platform bagi pembinaan semula Iraq bukan sahaja dari segi pembinaan semula negara bahkan pembinaan moral rakyatnya," katanya kepada Bernama di pejabat beliau di sini pada Jumaat.

Beliau berkata dasar yang digunakan oleh kumpulan militan Daesh sebelum ini ketika menguasai Iraq adalah zalim dan hanya membawa kepada kemusnahan seterusnya menyebabkan kemusnahan infrastruktur serta kematian rakyat.

Katanya, persidangan ini adalah sebahagian daripada komitmen Pakatan Antarabangsa untuk memerangi Daesh.....