AM › BERITA





Sektor Pengangkutan Awam Perlukan Lebih Ramai Tenaga Kerja Wanita


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Awam Antarabangsa (UITP) mahu melihat lebih ramai wanita menyertai sektor pengangkutan awam.

Pengarah Latihannya Kaan Yildizgoz berkata ini akan menyumbang ke arah persekitaran lebih selamat khususnya bagi wanita yang menggunakan pengangkutan awam.

"Apabila lebih ramai wanita bekerja dalam sektor itu, mereka lebih memahami dan mereka tahu bagaimana untuk mewujudkan persekitaran yang selamat bagi wanita semasa menggunakan pengangkutan awam," katanya.

Beliau ditemui Bernama pada prapelancaran kempen bervideo untuk menimbulkan kesedaran tentang keperluan mewujudkan pengangkutan awam dengan persekitaran yang selamat di luar Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9, di sini hari ini.

Memperjuangkan mobiliti bandar yang lestari, pertubuhan yang berpangkalan di Belgium itu mewakili kira-kira 1,500 syarikat dengan 16 pejabat di seluruh dunia merangkumi keanggotaan dari 96 negara.....