AM › BERITA





Sekolah Inggeris Tertua Di Asia Tenggara Dianugerah Status Warisan


Tarikh kemaskini: 09/02/2018


Penang Free School (PFS)
Oleh Kenny Teng Khoon Hock

GEORGE TOWN, 9 Feb (Bernama) -- Sekolah aliran bahasa Inggeris tertua di Asia Tenggara, Penang Free School (PFS) telah dianugerahkan status warisan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pengerusi Lembaga Pengelola PFS Datuk Abdul Rafique Abdul Karim berkata beliau mendapat tahu tentang perkara itu pada 2 Feb apabila seorang daripada Old Frees (bekas pelajar sekolah) menghubunginya untuk berkongsi berita gembira itu.

Beliau berkata ini merupakan pencapaian besar bagi Penang Free School, yang juga "alma matter" bagi ramai tokoh penting negara, apabila diberikan status warisan.

"Ini benar-benar detik yang menggembirakan bagi kami, "Old Frees" dan semua pihak yang melakar kejayaan ini. Saya difahamkan bahawa Jabatan Warisan Negara akan menghantar surat rasmi kepada pihak sekolah tidak lama lagi," kata beliau kepada Bernama.

Beliau menambah bahawa apa-apa pengubahsuaian atau perubahan tambahan kini perlu mengikut garis panduan warisan.....