AM › BERITA





Kadar Penyertaan Tenaga Buruh Malaysia Meningkat Kepada 68 Peratus


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Kadar penyertaan tenaga buruh Malaysia pada suku keempat 2017 meningkat 0.1 peratus kepada 68 peratus berbanding suku ketiga, menurut Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia Suku Keempat 2017.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia menunjukkan 32 peratus atau 7.09 juta orang penduduk dalam kumpulan umur bekerja berada di luar tenaga buruh kerana masih belajar, telah bersara, hilang upaya atau tidak minat untuk bekerja.

"Jumlah tenaga buruh Malaysia meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 15.09 juta orang pada suku keempat 2017 berbanding 15 juta orang pada suku ketiga," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam tempoh itu, terdapat 507,800 penganggur di negara ini dengan kadar pengangguran kekal 3.4 peratus untuk tiga suku tahun berturut-turut.

Dari segi perbandingan antara 2016 dan 2017, beliau berkata bilangan penduduk menganggur menurun 0.6 peratus dengan kadar pengangguran mencatatkan penurunan 0.1 peratus.....