AM › BERITA





Kelindan Lori Dihukum Gantung Sampai Mati Edar Dadah


Tarikh kemaskini: 09/02/2018


IPOH, 9 Feb (Bernama) -- Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas disabitkan kesalahan mengedar dua jenis dadah berbahaya dua tahun lalu.

Tertuduh S. Pragasam, 30, turut dihukum penjara lapan tahun bagi kesalahan memiliki dadah jenis Methampetamin seberat 36.6 gram.

Pesuruhjaya Kehakiman Anselm Charles Fernandis menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pragasam dituduh mengedar 101.2 gram heroin dan 8.9 gram Monoacetylmorphines serta memiliki dadah Methampetamin seberat 36.6 gram di Taman Puteri Lindungan di sini, pada 11 Mei 2016, kira-kira 7.30 malam.

Bagi tuduhan mengedar dadah, Pragasam dituduh di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.....