AM › BERITA





Universiti Limkokwing Tampil Kepelbagaian Tradisi Dan Budaya Pada Minggu Fesyen London 2018


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

CYBERJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing akan menampilkan kepelbagaian tradisi dan budaya dunia pada Minggu Fesyen London 2018, salah satu acara fesyen yang paling berprestij di dunia, di Freemasons Hall pada 18 Feb.

Naib Presiden Jenama, Kreativiti dan Pembangunan Bakat Universiti LimKokWing Datuk Tiffanee Marie Lim berkata universiti telah memilih "Date Night" sebagai tema, dan koleksi 45 pakaian akan mencerminkan pengalaman bercampur-campur yang indah dan romantis pasangan di Asia dan Afrika semasa berdating pada malam hari.

Beliau berkata pasukan reka bentuk terdiri daripada 50 pelajar dan kakitangan universiti yang mendapat inspirasi bagi koleksi fabrik global hasil pengembaraan yang kreatif ke 20 negara, antaranya, Botswana, Swaziland, Kenya, Iran, Indonesia, Kemboja, Thailand, China, India dan Borneo.

"Pereka fesyen melawati negara-negara tersebut untuk mencari idea tradisional dan budaya yang paling memberikan inspirasi dan berkaitan gaya hidup pelajar dalam tempoh tiga bulan. Koleksi kami dicipta dengan sentuhan khas keunikan untuk melahirkan perasaan romantis dan cinta melalui kostum.

"Fesyen berputik daripada tradisi dan tidak luput apabila musim berubah yang menyaksikan generasi muda memakainya dengan latar belakang yang berbeza," kata beliau kepada pemberita untuk mengumumkan Universiti Limkokwing sebagai satu-satunya universiti dari Malaysia dan Asia yang menyertai Minggu Fesyen n London Week 2018.....