AM › BERITA





Penubuhan Unit Sungai Dan Pemantauan Sungai Wajar Dilaksanakan PBT


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

JOHOR BAHRU, 9 Feb (Bernama) -- Pendekatan proaktif dan inovatif seperti menubuhkan unit sungai dan merancang pemantauan sungai-sungai wajar dilakukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam usaha menangani isu pencemaran sungai di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata saranan awal penubuhan unit sungai di kawasan masing-masing bagi pemantauan secara khusus perlu untuk pemeliharaan sungai selain sebagai usaha melestarikan khazanah alam yang berharga sebagai sumber utama air mentah negeri.

"Pihak PBT mestilah mengambil semangat Titik Sentuhan Bajet Negeri Johor 2018 dan ianya menjadi titik tolak kepada komitmen Kerajaan Negeri Johor dalam menjayakan Dekad Baharu Johor yang hijau lagi lestari seperti mana terkandung dalam Amanat 2018 Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ayub turut berkata isu pencemaran sungai serta langkah bersepadu mengatasinya antara agensi akan menjadi agenda tetap di dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan di setiap daerah dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertindak sebagai urusetia.

"Penyelarasan di peringkat daerah adalah amat penting bagi memastikan tindakan yang pragmatik dan pemantauan berkala dapat dilaksanakan secara menyeluruh," katanya lagi.....