AM › BERITA





SITF Bukti Keprihatinan Kerajaan Terhadap Kaum India


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUANTAN, 9 Feb (Bernama) -- Pembukaan sebuah lagi pusat khidmat bagi Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) di Sabai, Bentong semalam membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha untuk membantu menyelesaikan isu yang berkaitan masyakarakat India di negara ini.

SITF, yang ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Kabinet Hal Ehwal Masyarakat India dan dinaungi Jabatan Perdana Menteri, adalah yang ke-11 di negara ini dan pertama di Pahang dengan matlamat menyelesaikan masalah berkaitan kewarganegaraan kaum itu.

Setakat ini, sebanyak 7,000 masalah berkaitan perkhidmatan MyDaftar (kad pengenalan, kelahiran, kewarganegaraan) berjaya diselesaikan SITF dan 4,000 permohonan lagi sedang diteliti.

Pusat khidmat berkenaan turut menyediakan perkhidmatan mencari peluang pekerjaan, membantu isu kebajikan, pendidikan, perumahan, kesihatan dan pinjaman bagi bagi meningkat taraf ekonomi dan sosial mereka.

Bagaikan menjadi pusat sehenti, semua urusan yang berkaitan dengan agensi kerajaan dapat dilaksanakan di situ dan SITF menjadi antara medium penting penghubung antara rakyat di peringkat akar umbi dan kerajaan.....