AM › BERITA





Kemudi Anjur Program Santai Bersama 'Pok Ya Cong Codei'


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KOTA BHARU, 9 Feb (Bernama) -- Kelab Media Kelantan Darul Naim (KEMUDI) akan mengadakan program santai bersama teraju utama telefilem 'Pok Ya Cong Codei', Sabri Yunus, di sebuah hotel di Jalan Post Office Lama di sini pada 22 Feb ini.

Presiden KEMUDI Azran Fitri Rahim berkata program yang dinamakan 'Makey Tey bersama Pok Ya Cong Codei: Sengoti atau Lipak' (Minum Teh Bersama Pok Ya Cong Codei: Betul atau Tipu) itu akan berlangsung dari 4 petang hingga 6 petang.

"Hanya 300 tempat disediakan dan bayaran RM50 dikenakan kepada orang ramai yang berminat untuk menyertai program santai berkenaan.

"Ia antara program yang dirancang KEMUDI tahun ini, yang bertujuan untuk menaikkan budaya Kelantan itu sendiri," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Turut hadir Sabri, Timbalan Presiden KEMUDI Shahnun Hanif Ahmad Suhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif Purity Resources Sdn Bhd Mohd Zaidi Ismail dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Hotel Grand Riverview Raja Rusmin Raja Mahmud.....