AM › BERITA





MPN Pilih Terengganu Untuk Program Khas Tingkat Pencapaian Pelajar


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUALA NERUS, 9 Feb (Bernama) -- Terengganu dipilih sebagai negeri pertama oleh Majlis Profesor Negara (MPN) untuk melaksanakan satu program khas pada tahun ini bagi memberi bimbingan kepada pelajar dalam pelbagai bidang pendidikan serta berkongsi pengalaman untuk meningkatkan lagi pencapaian mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPN Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, untuk tujuan itu MPN akan bekerjasama dengan pengurusan sekolah agar program itu dapat berjalan dengan lancar.

"Kita pilih Terengganu kerana kita dengar pencapaian bidang pendidikan di negeri itu begitu menonjol yang merupakan peneraju prestasi pendidikan negeri.

Dengan adanya program MPN turun padang ini yang turut berganding dengan masyarakat setempat, kita harap pencapaian pelajar bertambah baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Profesor Bersama Masyarakat di Kampung Tok Jembal yang, Seberang Takir di sini yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.....