AM › BERITA





Penumpang Di KLIA, klia2 Diunjur Meningkat 40 Peratus


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

SEPANG, 9 Feb (Bernama) - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengunjurkan peningkatan sebanyak 40 peratus aliran penumpang harian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari 14 Feb sehingga 18 Feb bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Operasi MAHB di KLIA Mohd Arif Jaafar berkata operator lapangan terbang itu akan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah dan inisiatif bagi memastikan perjalanan yang selesa dan menyeronokkan bagi penumpang pada musim perayaan itu.

"Kami akan meletakkan lebih banyak sumber di lapangan - bukan sahaja oleh pihak kami tetapi juga oleh agensi-agensi lain di lapangan terbang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MAHB akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kelancaran aliran trafik di kawasan bebendul jalan tempat menunggu, yang kini dikuatkuasakan tempoh had dua minit untuk mengambil penumpang.

"Pemasangan penghadang di laluan pengambilan penumpang juga akan mencegah orang ramai meletakkan kenderaan di tempat tidak dibenarkan yang akan menyebabkan kesesakan trafik," katanya.....