AM › BERITA





Rakyat Malaysia Ditahan Di Bawah ISA Singapura Dihantar Pulang


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

SINGAPURA, 9 Feb (Bernama) -- Seorang rakyat Malaysia, Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Januari lepas di Singapura telah dihantar pulang ke Malaysia bulan ini, kata Kementerian Dalam Negeri (MHA) republik itu hari ini.

Dalam laman web kementerian itu, MHA berkata ketika siasatan tidak menunjukkan Muhammad Nur Hanief cuba untuk meradikalkan orang lain atau merancang apa-apa serangan pengganas di Singapura, namun keradikalannya telah menyebabkan dia satu ancaman keselamatan kepada Singapura.

Bagaimanapun, kementerian itu tidak mendedahkan tarikh penghantaran balik Muhammad Nur Hanief.

Menurut MHA, rakyat Malaysia berumur 33 tahun itu telah melakukan pelbagai pekerjaan di Singapura sejak 2011.

"Justeru, pas kerjanya telah dibatalkan," tambahnya.....