AM › BERITA





Kuasa Menyemak Tindakan Eksekutif Bidang Kuasa Mahkamah Sivil


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PUTRAJAYA, 9 Feb (Bernama) -- Kuasa untuk menyemak kesahan tindakan eksekutif di sisi undang-undang terletak sepenuhnya dalam bidang kuasa mahkamah sivil, menurut Mahkamah Persekutuan.

Dalam penghakiman 100 muka surat disiarkan dalam laman web badan kehakiman, Hakim Tan Sri Zainun Ali berkata mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan kes penukaran agama seperti tindakan mencabar undang-undang oleh guru tadika M. Indira Gandhi kerana ia melibatkan keperlembagaan tindakan pentadbiran oleh Pendaftar Mualaf dalam mengeluarkan sijil tukar agama bagi tiga anak wanita itu.

Beliau berkata bidang kuasa dan kuasa mahkamah sivil tidak hanya terhad kepada undang-undang persekutuan tetapi juga ada kaitan dengan tafsiran dan penguatkuasaan semua undang-undang yang terdapat di negara ini.

Katanya kes Indira Gandhi tidak terletak dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah kerana ia tidak melibatkan tafsiran mana-mana undang-undang atau prinsip Islam.

Beliau juga berkata Mahkamah Syariah tidak diberikan kuasa untuk menyemak keputusan pentabdiran oleh pihak berkuasa.....