AM › BERITA





UniMAP Raih 11 Emas Pada IPITEX 2018 Di Thailand


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KANGAR, 9 Feb (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berjaya meraih 11 pingat emas pada Bangkok International Intellectual Property Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEX 2018), yang berakhir semalam, di Bangkok International Trade and Exhibition Centre, Thailand.

UniMAP dalam kenyataannya berkata, universiti itu juga membawa pulang lima pingat perak serta dua gangsa dan keseluruhannya, penyelidik UniMAP berjaya meraih 100 peratus pingat dalam semua 18 penyertaannya.

"Beberapa penyelidikan UniMAP berjaya menerokai kerjasama dengan beberapa universiti tempatan Thailand sekali gus menunjukkan perkembangan positif penyelidikan UniMAP di persada antarabangsa.

"Pencapaian itu juga bersesuaian dengan persediaan bagi penyelidik Malaysia dalam memohon dana Joint Funding Scheme antara negara ASEAN dan Eropah yang dijangkakan dibuka Jun nanti," katanya di sini hari ini.

IPITEX 2018 dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Thailand, ACM Prajin Juntong dengan lebih 20 negara mengambil bahagian antaranya China, Poland, Indonesia, Iran, United Kingdom, Sri Lanka, Arab Saudi, Kanada, Korea Selatan, Filipina, Romania, Taiwan, Hong Kong dan Malaysia.....