AM › BERITA





20 Balai Bomba Di Seluruh Negara Siap Dibina Tahun Ini


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

SEREMBAN, 9 Feb (Bernama) -- Sebanyak 20 balai bomba baharu yang kini dalam pembinaan di seluruh negara dijangka siap pada tahun ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata kebanyakan balai bomba baharu ini terletak di kawasan luar bandar dan di lokasi strategik.

"Dengan adanya balai bomba baharu ini, perkhidmatan yang diberikan akan lebih baik. Kemudahan (balai bomba baharu) ini sememangnya akan memberi manfaat yang banyak kepada penduduk kawasan sekitar.

"Sememangnya balai bomba amat diperlukan di kawasan ini kerana banyak aktiviti pembangunan berlaku di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Pingat Kebesaran Jabatan, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 serta Sijil Perkhidmatan lebih 30 tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis.

Katanya di Negeri Sembilan, tiga balai bomba baharu iaitu di Gemencheh, Rantau dan Seri Menanti sedang dalam pembinaan dan akan siap pada tahun ini menjadikan jumlah balai bomba di negeri ini 18 kesemuanya.....