AM › BERITA





Perpaduan, Kerjasama Sesama Anggota Agenda Utama Pergerakan Wanita PBB


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUCHING, 9 Feb (Bernama) -- Agenda utama Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) kini ialah menekankan perpaduan dan kerjasama erat sesama anggota pergerakan parti itu.

Ketuanya yang baharu Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata anggotanya akan memastikan PBB terus kekal relevan serta berusaha menambah bilangan anggota parti.

PBB kini mempunyai seramai 323,023 anggota pergerakan bapa, 153,962 anggota pergerakan wanita dan 36,060 anggota pergerakan pemuda.

Beliau berkata pergerakan wanita parti itu juga akan memperjuangkan hak wanita untuk memainkan peranan sama penting dalam kemajuan parti dan negeri, sejajar dengan wanita sebagai nadi parti. Mengenai usul yang akan dibawa oleh pergerakannya pada perhimpunan kali ini, beliau berkata antaranya termasuk usul menyokong usaha kerajaan negeri menuntut kembali hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, usul hak wanita mendapat peluang pendidikan sewajarnya dan peluang ekonomi sama rata.

Dalam pada itu, Fatimah menyifatkan jawatan yang disandang adalah amanah dan tanggungjawab yang sangat besar serta perlu dipikulnya.....