AM › BERITA





Kementerian Pertahanan Tidak Pandang Mudah Situasi Di Marawi


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PUTATAN, 9 Feb (Bernama) -- Kementerian Pertahanan tidak pernah memandang mudah situasi di Bandar Marawi, Filipina walaupun pertempuran itu telah reda.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata memandangkan bandar itu terletak berdekatan Sabah, saki baki kumpulan militan pro-Daesh yang memulakan pertempuran itu tahun lepas, dipercayai telah berpecah kepada kumpulan kecil dan menjurus kepada kegiatan jenayah.

"Kita dimaklumkan oleh pihak risikan menerusi hubungan tiga negara (Malaysia, Indonesia dan Filipina), ada lagi (saki baki pro-Daesh) yang terlepas keluar (dari Filipina).

"Oleh itu, kita perlu melihat kepada jejak wang dan tempat yang mungkin menjadi pilihan mereka untuk kembali bersatu,"katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Lok Kawi dekat sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas berkata pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas itu menggerakkan usaha untuk merekrut anggota baharu, khususnya melalui media sosial.....