AM › BERITA





RM32 Juta Untuk Selesaikan Masalah Banjir Di Sebuyau


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

KUCHING, 9 Feb (Bernama) -- Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air pasang besar di Sebuyau, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kedudukan pekan tersebut yang terletak di muara Batang Lupar serta berhampiran Laut China Selatan sentiasa memberi risiko banjir setiap kali berlaku fenomena air pasang besar.

"Sebuyau sentiasa berdepan masalah apabila berlaku fenomena air pasang besar ditambah pukulan ombak besar dari Laut China Selatan yang memasuki muara Batang Lupar yang akan mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir."

"Berdasarkan anggaran yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah tersebut seperti membina benteng laut," katanya pada sidang media di Kampung Buntal, Santubong dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah JPS Datuk Md Nasir Md Noh.

Wan Junaidi berkata langkah penyelesaian isu banjir disebabkan air pasang besar di negeri ini perlu segera dilaksanakan untuk mengurangkan impak kepada masyarakat.....