AM › BERITA





Warga Politeknik PD Baik Pulih 44 Rumah Daif


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

PORT DICKSON, 9 Feb (Bernama) -- Warga Politeknik Port Dickson (Politeknik PD) telah membaik pulih 44 rumah daif, melibatkan peruntukan RM195,000 sejak Oktober lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri Linggi Datuk Abdul Rahman Mohd Redza berkata seramai 130 pensyarah dan pelajar Politeknik PD terlibat dalam program yang selaras dengan falsafah kerajaan negeri ini iaitu 'Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat'.

"Antara kerosakan yang dibaik pulih ialah bumbung bocor, dinding rosak, tandas, sistem pendawaian elektrik dan apa-apa sahaja yang melibatkan aspek keselamatan penduduk rumah tersebut.

"Kami menerima peruntukan daripada Unit Pelakasanaan dan Pemantauan bawah Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas Penutup Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Baik Pulih Rumah Penduduk Parlimen Teluk Kemang, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang pemilik rumah, Yati Jamaluddin, 34, berkata bantuan baik pulih rumahnya yang daif ini sedikit sebanyak telah meringankan bebannya.....