AM › BERITA





CAP Gesa Haramkan Mainan Kejutan Elektrik


Tarikh kemaskini: 09/02/2018

GEORGE TOWN, 9 Feb (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengharamkan alat permainan 'shock chewing gum' iaitu sejenis mainan kejutan elektrik yang boleh membahayakan pengguna terutama kanak-kanak.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata tinjauan yang dilakukan oleh CAP mendapati produk itu dijual dengan harga RM6 satu dan ia boleh dibeli di pasar malam serta kedai menjual alat permainan.

"Bentuknya seakan gula-gula getah jenis Wrigley's dan kepingannya (gula-gula getah) itu menjulur ke luar untuk ditarik, apabila seseorang menariknya (kepingan gula-gula getah) ia akan mencetuskan suis yang menghantar arus elektrik melalui tangan mangsa dan orang berkenaan akan merasa kejutan elektrik melalui tangannya.

"Berdasarkan tinjauan kami juga mendapati alat permainan itu turut terdapat dalam bentuk pen dan pistol mainan dan mereka yang menggunakan pen atau memetik picu pistol itu akan merasa kejutan elektrik," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata alat permainan itu mampu mencederakan mangsa kerana mereka yang terkena kejutan elektrik akan mengalamai kesakitan malah arus berkenaan juga berbahaya kepada mereka yang mempunyai masalah kesihatan.....