AM › BERITA





Projek HSR Bakal Wujud Lebih 440,000 Peluang Pekerjaan


Tarikh kemaskini: 08/12/2017

MELAKA, 7 Dis (Bernama) -- Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) bakal membuka lebih 440,000 peluang perkerjaan kepada rakyat negara ini.

Pengurus kanan, Komunikasi Koporat My HSR Corporation (MY-HSR Corp), Tonny Yep berkata projek bernilai RM70 billion dengan jajaran keseluruhan 328 KM itu juga mendatang kesan positif dalam merangsang pembangunan kemahiran dan bakat baharu yang akan menjana peluang mampan untuk generasi akan datang.

"Kerja-kerja pembinaan bakal dilaksanakan bermula tahun depan hingga tahun 2026 dan ini akan membawa kepada pembangunan pesat dan maju di negeri Melaka," katanya kepada pemberita ketika sesi penerangan bersama media di sini hari ini.

Tony berkata Melaka akan mempunyai 57 kilometer jajaran membabitkan keseluruhan 328 km jajaran yang mana terletak berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh di Mukim Durian Tunggal dan akan mengurangkan masa perjalanan penumpang dari Bandar Malaysia ke Melaka.

Beliau berkata bagi memberi maklumat tentang projek tersebut kepada orang ramai, pihaknya menyediakan tujuh pusat pameran pemeriksaan awam tetap dan sementara yang dibuka di kawasan terpilih di sepanjang jajaran HSR dan mula dibuka pada 1 Nov lalu hingga 31 Januari 2018.....