AM › BERITA





Lebih 360,000 Guna Bas RapidKL Januari Hingga September 2017


Tarikh kemaskini: 14/11/2017


KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Jumlah purata penumpang harian pengguna bas RapidKL bagi tempoh Januari hingga September 2017 mencecah hampir 360,690 orang, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata purata pengguna bas bagi Rapid Penang dan Rapid Kuantan pula masing-masing mencatatkan 80,000 orang dan 10,000 orang bagi tempoh sama.

"Sebanyak 1,147 buah bas RapidKL beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, 382 bas Rapid Penang termasuk Rapid Kamunting dan 80 bas Rapid Kuantan.

"Ia beroperasi di laluan-laluan sosial yang telah dikenal pasti serta beroperasi hampir sepanjang waktu termasuk waktu luar puncak," katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengenai pelaksanaan bas Rapid di semua ibu negeri dan jumlah penumpang purata sehari.

Nancy berkata perkhidmatan bas ini memainkan peranan penting secara keseluruhannya, yang menjadi tulang belakang dan akses kepada rakyat dalam memastikan mereka mendapat faedah sosioekonomi.....