AM › BERITA





KKM Pastikan Kekurangan Ubat Tidak Berlaku - Dr Subramaniam


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

SEGAMAT, 10 Nov (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan kekurangan bekalan ubat tidak berlaku dengan mengarahkan setiap hospital dan klinik membuat perancangan pengurusan yang sistematik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihak hospital dan klinik perlu meramal keperluan ubat-ubatan di tempat mereka supaya kementerian dapat membantu sekiranya terdapat isu kekurangan bekalan itu.

Menurut beliau, masalah kekurangan ubat berlaku di sesetengah hospital atau klinik berikutan perancangan yang kurang tepat terhadap perkara itu.

"Kadang-kadang menjelang hujung tahun perancangan di sesebuah hospital tidak berapa tepat jadi tidak mustahil bekalan ubat akan menurun.

"Kalau keadaan itu berlaku, kami boleh pindahkan bekalan dari sebuah hospital ke hospital lain atau kalau mereka tahu mungkin dua bulan sebelum habis, kementerian boleh sediakan ubat tambahan,"katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ulang Tahun Ke-81 Persatuan Hakka Segamat di sini, malam ini.....