AM › BERITA





Tujuh Organisasi Terima Anugerah Kualiti SIRIM 2017


Tarikh kemaskini: 11/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Tujuh organisasi menerima Anugerah Kualiti SIRIM 2017 sebagai pengiktirafan tahap pengurusan kualiti yang menepati tahap standard kebangsaan dan antarabangsa, sempena Majlis SIRIM Industri 2017 hari ini.

Menurut kenyataan Sirim Berhad, anugerah disampaikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah yang mewakili menteri berkenaan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Gamuda Berhad, TNB Janamanjung Sdn Bhd dan Malaysia Airports Sdn Bhd memenangi anugerah itu bagi kategori pendapatan lebih RM100 juta manakala Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd dan Indkom Engineering Sdn Bhd mengungguli kategori pendapatan bawah RM100 juta.

Bagi kategori agensi kerajaan, anugerah itu diberikan kepada Lembaga Zakat Selangor dan Universiti Putra Malaysia.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Pengerusi Sirim Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sirim Prof Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani.....