AM › BERITA





Kejadian Tanah Runtuh Di Tanjung Bungah Kerana Tiga Kecuaian


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah daripada DAP, Teh Yee Cheu mendakwa punca kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah pada 21 Okt lepas, adalah disebabkan tiga kecuaian.

Beliau berkata tiga kecuaian itu ialah dari segi kelulusan, pemantauan dan gagal mematuhi garis panduan.

"Tiga pihak sekurang-kurangnya kena bertanggungjawab terhadap kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan itu. Kita kena ambil maklum informasi ini supaya satu pelan lebih baik dan sempurna diadakan serta garis panduan semua dipatuhi.

"Bencana ini boleh dielak jika semua perkara ini diambil kira kerana ia berlaku di satu lereng bukit yang dijalankan kerja-kerja pembinaan. Kecuaian berlaku apabila kerja tanah mungkin tidak sempurna dan kerja-kerja binaan sudah pun dijalankan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam insiden 21 Okt lepas, kejadian tanah runtuh di tapak projek berkenaan meragut nyawa 11 pekerja terdiri daripada seorang rakyat tempatan; lima Bangladesh; dua Indonesia; dua Myanmar dan seorang Pakistan apabila ditimbus tanah lereng bukit yang runtuh.....