AM › BERITA





11 Rumah Dinaiki Air Akibat Banjir Kilat Di Seremban


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

SEREMBAN, 10 Nov (Bernama) -- Hujan lebat selama dua jam petang tadi mengakibatkan 11 rumah di Taman Jasper dan Taman Pulasan dekat sini, dinaiki air.

Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia daerah Seremban Mohd Najib Abd Karim berkata di Taman Jasper seramai 32 mangsa termasuk seorang bayi lelaki daripada lapan keluarga terjejas manakala di Taman Pulasan pula 23 mangsa daripada lapan keluarga terlibat.

"Hujan lebat yang turun sejak 4 petang tadi menyebabkan kawasan perumahan ini dilanda banjir kilat dan antara faktor lain ialah hakisan tebing sungai akibat penyelenggaraan tidak sempurna.

"Setakat ini pusat pemindahan bagi mangsa banjir tidak lagi dibuka dan keadaan masih terkawal serta air juga sudah mulai surut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, beberapa kawasan di pusat bandar Seremban juga dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat petang tadi.....