AM › BERITA





Annuar Musa Bidas Pemberhentian Langganan Akhbar Utusan, BH


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Berikut ialah kenyataan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa mengenai arahan pemberhentian langganan akhbar Kumpulan Utusan dan Berita Harian (BH) yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Arahan yang ditujukan kepada setiap jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri itu terkandung dalam surat bertarikh 9 Nov 2017 yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Kenyataan Annuar itu berbunyi:

1. Menteri Besar Selangor Datuk Seri (Mohamed) Azmin Ali kelihatan hanya hebat dalam mengharamkan akhbar tapi menikus dalam mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah.

2. Langkahnya itu jelas menjolok mata apabila tindakan Kerajaan Negeri Selangor secara rasmi mengarahkan pemberhentian langganan akhbar Kumpulan Utusan dan BH serta merta.

3. Ia adalah satu tindakan yang tidak matang dan kebudak-budakan.....