AM › BERITA





Sistem Pengangkutan Pintar Jadikan Perjalanan Lebih Cekap, Selamat


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) di negara ini akan menjadikan perjalanan lebih cekap, lancar dan selamat dari satu tempat ke tempat yang lain, kata Presiden Persatuan Perniagaan Hijau Malaysia, Tan Sri Mustafa Mansur.

Beliau berkata pengangkutan berkaitan masalah kesesakan jalan raya perlu dilihat daripada perspektif lebih luas.

Menerusi ITS, pengangkutan akan menjadi lebih penting bagi lebih bagi membolehkan kecekapan pergerakan penduduk dengan objektif utama untuk mengurangkan kesesakan trafik, pencemaran kenderaan dan mengawal jumlah kemalangan jalan raya.

"Sekiranya kita menerima pakai dan melaksanakan sistem pintar (dalam sistem pengangkutan negara ini), saya yakin kita akan menikmati perjalanan yang lebih cekap, lancar dan selamat dari satu kawasan ke tempat lain," katanya ketika membentangkan 'Pembangunan dan Penggunaan ITS' di Seminar Kecemerlangan Taiwan: ITS di sini, hari ini.

Acara itu diadakan di luar Ekspo Taiwan 2017 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini selama tiga hari dengan mempamerkan lebih 5,000 produk dan perkhidmatan utama Taiwan oleh 180 pempamer negara itu yang dibawa oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan.....