AM › BERITA





Jambatan Jubli Emas, Seni Bina Ikonik Terbaharu Sarawak


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

Oleh Noor Bakhtiar Ahmad

KUCHING, 10 Nov (Bernama) -- Satu lagi sejarah bakal tercipta apabila Jambatan Jubli Emas, seni bina ikonik terbaharu Sarawak di bandar raya ini, dirasmikan dalam upacara gilang-gemilang esok.

Jambatan pejalan kaki bengkok sepanjang 330 meter, yang disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter daripada menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak, bakal menjadi satu lagi tarikan tambahan kepada deretan struktur cantik di kawasan segi tiga emas di Kuching.

Kedudukannya yang strategik berlatarkan bangunan Astana Negeri dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pastinya bakal menjadi tumpuan ramai mengabadikan momen menarik di situ.

Berkongsi pengalaman kepada Bernama, anggota Komuniti Dron Sarawak Abdul Rahman Abdul Hamid berkata jambatan itu akan memberi 'tambah nilai' kepada Tebingan Sungai Kuching yang sememangnya sudah diketahui sentiasa menjadi kawasan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Apabila kami terbangkan dron ke kawasan di sekitar Tebingan Sungai Kuching, ini menjadi antara kawasan pilihan.....