AM › BERITA





Kes Tendang Wanita Di Jejantas: Penganggur Dipenjara 12 Bulan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki yang pernah dipenjarakan tiga bulan kerana menendang seorang wanita, hari ini dikenakan hukuman penjara maksimum 12 bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini atas kesalahan sama terhadap wanita lain, Isnin lepas.

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Marmi Zabrin Mian,34, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Or Sui Lin, 34, dan melakukan serangan jenayah terhadap juruanalisa Bank Negara Malaysia (BNM) itu di jejantas Jalan Raja Laut, di sini, pada jam 1.30 tengah hari pada hari berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM1,500 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan mencederakan manakala penjara maksimum tiga bulan bagi kesalahan melakukan serangan jenayah

Penganggur itu diperintahkan menjalani kedua-dua hukuman itu secara serentak bermula dari tarikh tangkap, Rabu lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan dan Seksyen 351 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Ketika pertuduhan kedua itu dibacakan, tertuduh yang berdiri di dalam kandang tertuduh bertanya: "Macam mana serangan jenayah itu? Boleh beri contoh?".....