AM › BERITA





Dua Sekolah Di Rantau Panjang Dijadikan Perintis Pusat Pemindahan Banjir.


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

TUMPAT, 10 Nov (Bernama) -- Dua sekolah bakal menjadi perintis bagi pusat pemindahan khas mangsa banjir yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tempat memasak, bilik mandi dan tandas yang selesa sebagai persiapan menghadapi kemungkinan musibah banjir di negeri ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Seri Alias Ahmad berkata dua sekolah di Rantau Panjang itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dan SK Rantau Panjang 2.

"Antara ciri penambahbaikan yang dilakukan di pusat pemindahan itu (sekolah) adalah menaik taraf tandas, bilik mandi selain ruang penyediaan makanan khususnya untuk memasak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Kementerian Pendidikan-Program Kita Recycle peringkat Kelantan di SK Kebakat di sini hari ini.

Alias berkata pusat pemindahan berkenaan masing-masing mampu menampung antara 1,500 dan 3,000 mangsa banjir.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk banjir di negeri-negeri yang telah dikenal pasti berisiko terbabit dengan bencana alam itu.....