AM › BERITA





Kren Tumbang: Tindakan Tegas Jika Berlaku Kecuaian


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


Kren yang tumbang di tapak pembinaan sebuah bangunan di Kampung Baru , KL
MARAN, 10 Nov (Bernama) -- Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab jika terdapat unsur kecuaian atau perlanggaran peraturan dalam kejadian kren tumbang di tapak pembinaan Pangsapuri Legasi Kampung Baru di Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata buat masa ini siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak kementerian telah meminta supaya perkara itu diberi keutamaan.

"Siasatan dilakukan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan telah bermula sejak semalam. Antara yang dilakukan ialah mengambil sampel untuk dihantar ke makmal, dokumen berkaitan dan merakam kenyataan saksi.

"Kita akan meneliti laporan yang akan dikeluarkan dan selepas itu merujuk kepada penasihat undang-undang untuk tindakan seterusnya," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang ihsan banjir untuk Parlimen Maran di Dewan Arena Chenor di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin.....