AM › BERITA





Anwar Fail Semakan Untuk Hadir Pada Prosiding Kes Sivilnya


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

PUTRAJAYA, 10 Nov (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara, memfailkan permohonan semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan beliau hadir pada pendengaran rayuan kes sivilnya atas alasan kegagalan kuorum.

Notis usul untuk semakan di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan afidavit Anwar yang menyokong permohonan semakannya difailkan oleh firma guaman, Tetuan Damian & Gamany di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Dalam permohonan itu, Anwar, 69, menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula dan mengetepikan keputusan terdahulu pada 27 Okt lepas dan mahu perkara itu didengar semula.

Dalam afidavitnya, bekas ketua pembangkang itu menyatakan terdapat kegagalan kuorum pada panel tiga hakim sebelum ini dengan mendakwa pelantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan Presiden Mahkamah Rayuan tidak mengikut perlembagaan.

Hakim Zulkefli mempengerusikan panel tiga hakim itu ketika menolak permohonan Anwar untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu berhubung hak mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015.....