AM › BERITA





Perbahasan DUN Selangor Tegang


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Sesi perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini tegang apabila seorang Exco kerajaan negeri mengeluarkan perkataan kurang menyenangkan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan dan Pengangkutan negeri, Datuk Teng Chang Khim melemparkan perkataan 'bodoh' buat kali kedua kepada ADUN BN selepas melakukan perkara yang sama pada persidangan DUN November tahun lalu, selepas berang dengan perbahasan berkaitan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Kekecohan bermula apabila Teng (DAP-Sungai Pinang) mencelah sesi perbahasan Datuk Halimaton Saadiah Bohan (BN-Kota Damansara) dengan menyatakan isu yang dibangkitkan wakil rakyat itu tidak berkaitan dengan Usul Pembangunan Bajet Selangor 2018.

Halimaton Saadiah kemudiannya mempertahan isu yang dikemukakannya iaitu mengenai peruntukan untuk melupus kereta rosak di pangsapuri di Selangor sehingga mengehadkan lot meletak kenderaan dengan mengatakan ia juga termasuk dalam perbelanjaan pembangunan.

"Sepatutnya Sungai Pinang (Teng) biarkan saya habiskan ayat dahulu, jangan terus potong apa saya nak cakap, tiada adab dan tiada tatasusila," katanya.....