AM › BERITA





Bekas Akauntan Didenda RM3,000 Halang Penjawat Awam


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

PETALING JAYA, 10 Nov (Bernama) -- Seorang wanita, yang rakaman videonya memarahi seorang anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil mengacukan pengunci stereng kereta tular di laman sosial baru-baru ini, hari ini didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Lew Yoke Peng, 43, menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam iaitu Penguatkuasa MPSJ, Nor Safuan Noordin, 31, daripada menjalankan tugasnya di Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, pada 1 tengah hari, 6 Sept lepas.

Bekas akauntan itu didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang lebih berat kerana kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius malah menghina undang-undang negara ini.

"Oleh itu, perlu satu bentuk hukuman yang dapat memberikan pengajaran ke atas tertuduh dan masyarakat agar tidak mencabar penguat kuasa dalam menjalankan tugas mereka," katanya.....