AM › BERITA





6,000 Polis Bantu Perjalanan PRU14 Di Pahang


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUANTAN, 10 Nov (Bernama) -- Sejumlah 6,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang berada dalam siap siaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada bila-bila masa.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata jumlah itu termasuk 1,000 anggota tambahan daripada Bukit Aman, khusus untuk melancarkan perjalanan PRU14 di negeri ini.

"Semua anggota itu akan ditugaskan di 517 pusat mengundi dan 1,588 saluran (mengundi) yang memerlukan lima hingga lapan anggota. Semua persediaan bagi PRU14 juga telah selesai dilakukan.

Bagaimanapun, kami akan terus menggunakan tempoh yang ada untuk memantapkan beberapa perkara kecil dan mengadakan latihan tambahan kepada anggota," katanya pada sidang media selepas merasmikan Penutupan Kursus Asas Pasukan Gempur Ringan (LSF) Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Rosli menambah sekurang-kurangnya terdapat lima kursus yang diadakan berkaitan persediaan PRU14 iaitu penggendalian sistem maklumat, pusat kawalan, pengendalian bilik gerakan dan kursus undang-undang pilihan raya.....