AM › BERITA





Tolak Usul: Kerajaan Selangor Disifatkan 'Penghapus' Etnik Bugis


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

SHAH ALAM, 10 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor disifatkan sebagai 'penghapus' etnik Bugis oleh Persatuan Anak-anak Bugis, apabila usul untuk membahaskan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina golongan Bugis, ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Hannah Yeoh Tseow Suan pada Selasa.

Wakil Persatuan Anak-anak Melayu Bugis Malaysia, Raja Kamaruddin Raja Ab Wahid berkata pihaknya terkejut dengan tindakan Yeoh itu dan mengibaratkannya sebagai 'menderhaka' kepada titah penzahiran kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini berhubung kenyataan bekas perdana menteri itu.

Beliau berkata Yeoh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya sepatutnya sedar bahawa kedudukannya dalam DUN adalah atas perkenan Sultan Sharafuddin seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Menolak usul untuk membahaskan kenyataan tersebut dilihat sebagai pengkhianatan kepada Sultan Selangor. Malah sekiranya usul itu dibenar dibahas di dalam DUN, kami pasti ramai ADUN akan bersetuju supaya Dr Mahathir dikenakan tindakan sewajarnya oleh kerajaan Selangor.

"Sebab itulah Yeoh menolak usul berkenaan kerana bimbang ADUN PAS pastinya menjunjung titah penzahiran kemurkaan tersebut," katanya kepada pemberita dalam demonstratsi aman yang disertai kira-kira 10 wakil persatuan itu, di hadapan pintu masuk DUN Selangor, di sini hari ini.....