AM › BERITA





Yapeim Dan Tujuh Lagi Berjaya Batalkan Saman Pemangkin


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) dan enam lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) berhubung dakwaan salah laku dan usaha menutup Pemangkin.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datin Faizah Jamaludin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan tujuh defendan tersebut atas alasan isu berkenaan tidak boleh dibahaskan, remeh dan menyusahkan.

Oleh itu mahkamah membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan Pemangkin terhadap tujuh defendan terbabit selaku defendan kedua hingga kelapan tanpa sebarang kos.

Bagaimanapun saman terhadap seorang lagi defendan iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku defendan pertama masih kekal kerana beliau tidak membuat permohonan untuk membatalkan saman.

Mahkamah menetapkan 6 Dis untuk pengurusan lanjut kes saman terhadap Jamil Khir.....