AM › BERITA





Kekal Sikap Perpaduan, Elak Berbalah


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

TAIPING, 10 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan meminta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalkan perpaduan sebagai sebuah unit beruniform dan mengelak daripada berbalah antara satu sama lain.

Beliau juga meminta agar anggotanya sentiasa bersedia dalam menghadapi ancaman bagi memastikan keselamatan rakyat terbela.

"Kita perlu berdiri teguh dalam Sang Saka Biru bagi membolehkan kita terus berjuang demi negara dan rakyat," katanya dalam ucapan pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini hari ini.

Hasnan menyaksikan Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah menyerahkan jawatannya kepada Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Razlan Ab Hamid.

Harrith Kam yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 40 tahun dilantik sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Perak mulai bulan ini dan akan bersara pada 3 Jan 2018.....