AM › BERITA





PDRM Rekrut 6,000 Anggota Baharu Tahun Depan


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

IPOH, 10 Nov (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil kira-kira 6,000 pegawai dan anggota baharu bermula Januari tahun depan secara berperingkat.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk T. Narenasagaran berkata pengambilan rekrut baharu itu adalah bagi mengisi pelbagai jawatan sedia ada serta kekosongan jawatan pegawai dan anggota yang telah bersara atau berhenti.

Katanya, pengambilan pegawai dan anggota baharu itu melibatkan jawatan seperti inspektor, anggota berpangkat rendah, konstabel sokongan termasuk konstabel Orang Asli dan kadet polis.

"Pengambilan baharu ini adalah bagi memantapkan keupayaan dan kapasiti PDRM untuk memenuhi keperluan serta memberi perkhidmatan kepada masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas PGA Siri 1/2017 membabitkan 658 pegawai dan anggota di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini hari ini.

Beliau berkata PDRM mempunyai 13 Pusat Latihan Polis di seluruh negara antaranya di Kuching, Sarawak; Segamat, Johor; Langkawi, Kedah; Sabah dan Kuala Lumpur.....