AM › BERITA





Kes Langgar Di DUKE: Dua Pemandu Diarah Bela Diri


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Dua pemandu yang didakwa terlibat dalam kemalangan tragis di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) sehingga menyebabkan kematian tiga beranak pada Mei 2015 diperintahkan membela diri atas pertuduhan memandu secara berbahaya, oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Zilfinaz Abbas membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap dua pemandu Perodua Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 38, dan Mohammad Fizal Reza Jamauddin, 33.

"Mahkamah mendapati keterangan daripada saksi kesembilan iaitu orang awam dalam kes ini adalah kredibel dan boleh dipercayai serta disokong dengan keterangan-keterangan daripada saksi lain.

"Mahkamah berpuas hati dengan keterangan-keterangan saksi, oleh itu kedua-dua tertuduh diarahkan untuk membela diri," katanya selepas mendengar keterangan daripada 18 saksi pendakwaan pada perbicaraan kes itu.

Mahkamah menetapkan 13 dan 14 Dis untuk kedua-dua tertuduh membela diri atas pertuduhan memandu secara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Fairuz Nizam Husain, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta bayi mereka yang berusia enam bulan, Nur Firuza Annisa.....