AM › BERITA





Pemuda UMNO Cadang Peruntukan Diberi Terus Kepada Pejabat Pendidikan Negeri


Tarikh kemaskini: 10/11/2017

TENOM, 10 Nov (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mencadangkan supaya peruntukan RM1 billion yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi membiayai kerja baik pulih sekolah daif di Sabah diserahkan terus kepada pejabat pendidikan negeri.

Ketua Penerangan parti itu Jamawi Jaafar berkata pejabat pendidikan negeri seterusnya perlu memberi kuasa mutlak kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) bagi pelaksanaannya kerana kaedah itu lebih berkesan memandangkan PPD lebih memahami dan mengetahui sasaran pada peringkat bawahan.

"Kita menyambut baik peruntukan yang besar ini dan mengharapkan ianya sampai ke akar umbi. ...Mekanisma (pelaksanaannya) harus dipercepatkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata peruntukan perlu lebih banyak diberikan kepada sekolah daif di kawasan pedalaman Sabah dan skopnya mencakupi penyediaan kelas pembelajaran lebih kondusif dan selamat kepada pelajar dan guru semasa proses pembelajaran.

Sementara itu rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman mencadangkan agihan peruntukan itu digunakan untuk membaik pulih infrastruktur sekolah daif di kawasan luar bandar, termasuk penyediaan kelas, pejabat serta rumah guru.....