AM › BERITA





'Rona-rona Bahasa Kita' Terima Anugerah Buku Terbaik KM Sabah 2017


Tarikh kemaskini: 10/11/2017


Jamdin menunjukkan buku 'Rona -Rona Bahasa Kita' yang menerima Anugerah Buku Umum 2017.
SANDAKAN, 10 Nov (Bernama) -- 'Rona-Rona Bahasa Kita' hasil tulisan Datuk Jamdin Buyong merungkai permasalahan yang timbul mengenai penggunaan Bahasa Melayu dalam sektor awam dan swasta.

Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu diumumkan sebagai Penerima Anugerah Buku Umum (ABU) 2017 Ketua Menteri Sabah di sini malam tadi.

Pengarah DBP Sabah Asmiah Ajamain berkata sejajar dengan pengalaman Jamdin selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam, buku ini ditulis mengenai penggunaan Bahasa Melayu dan isu-isu berkaitan.

"Ia bukan sahaja sarat dengan ilmu tapi menawarkan selok-belok penggunaan Bahasa Melayu, mudah difahami dan boleh dijadikan pedoman oleh orang awam," katanya.

Jamdin, 71, berkata beliau menulis buku ini berdasarkan pengalamannya sebagai bekas pegawai awam selama 30 tahun dan pelaksana penggunaan Bahasa Melayu di negara ini.....