AM › BERITA





Wanita UMNO Adakan Tahlil Untuk Anggota Meninggal Dunia


Tarikh kemaskini: 13/10/2017

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pergerakan Wanita UMNO hari ini mengadakan majlis tahlil dan bacaan yasin untuk arwah beberapa pemimpin pergerakan itu termasuk Anggota Exco Wanita UMNO Datuk Maznah Hamid yang meninggal dunia pada 4 Okt.

Allahyarham Maznah, yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd dan mendapat jolokan 'Iron Lady dalam dunia korporat negara, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung susulan pembedahan jantung pada 28 Sept lepas.

Majlis tahlil itu juga diadakan untuk llahyarham Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Pahang Allahyarham Senator Norahan Abu Bakar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Johor Ramlah Ismail dan anak kepada Exco Pergerakan Wanita UMNO Datin Ros Suryati Alang, Siti Khadijah Mohd Ridzwan.

Majlis yang diadakan di Surau Ar-Rahman, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dihadiri Ketua Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan waris kesemua arwah.

-- BERNAMA .....