AM › BERITA





80 Kanak-Kanak, Remaja Dipilih Jalani Program Kemahiran Kreatif


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Seramai 80 kanak-kanak dan remaja dari tiga Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar Kuala Lumpur terpilih mengikuti program pembangunan kemahiran di Pusat Kreatif Kanak-Kanak (PKK) Tuanku Bainun secara percuma.

Program yang pertama kali diadakan itu melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan PKK Tuanku Bainun antara lain bertujuan membangunkan minda kanak-kanak dan remaja yang berumur antara tujuh dan 18 tahun itu.

Pengarah JKM WPKL Wan Noraidah Wan Mohd Zain berkata program itu bagi mengisi masa lapang mereka dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan mengelak daripada terdedah kepada risiko permasalahan sosial.

"Seterusnya kita berharap kanak-kanak dan remaja akan menjadi ikon di PPR dan PA tempat mereka tinggal serta menjadi contoh kepada kanak-kanak dan remaja setempat yang lain," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Jalinan Kolaboratif Program Kreatif Kanak-Kanak Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini hari ini.

MoU itu ditandatangi oleh Wan Noraidah mewakili JKM WPKL dan Pengurus Besar PKK Tuanku Bainun Raja Mazlena Raja Aziz disaksikan oleh Pengerusi PKK tersebut, Raja Datuk Seri Azureen Sultan Azlan Shah.....