AM › BERITA





Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Digilis Lori


Tarikh kemaskini: 07/10/2017

KEPALA BATAS, 7 Okt (Bernama) -- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut digilis lori ikan apabila motosikal bapanya yang diparkir di bahu jalan di sebuah kedai runcit di Jalan Penaga di sini dilanggar lori terbabit tengah hari tadi.

Bapa kanak-kanak itu Roslan Ismail, 44, berkata anaknya Muhammad Amar Danish maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

"Kami baru tiba di kedai runcit untuk membeli peralatan mesin rumput. Ketika saya nak turunkan anak saya yang duduk di dalam raga motosikal saya, tiba-tiba sebuah lori melanggar motosikal saya menyebabkan kami berdua terjatuh.

"Anak saya terjatuh ke atas jalan raya sebelum digilis tayar belakang lori berkenaan," katanya kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kepala Batas.

Beliau berkata pada mulanya beliau tidak mahu membawa anak kelima dari tujuh beradik itu ke kedai, namun anaknya tetap berkeras untuk mengikutnya.....